Sembilan individu langgar PKPB dikompaun

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai sembilan individu warga tempatan dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semua individu berusia 20-23 tahun itu dikenakan tindakan berkenaan selepas didapati berkumpul di belakang sebuah blok di Gugusan Mawar, Jalan Camar 4/5b semalam.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan, individu terlibat didapati sedang melakukan aktiviti barbeku di kawasan terbabit.

"Setiap individu dikompaun RM1,000 selepas didapati melanggar Peraturan 7(1) di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Nik Ezanee turut memberi amaran kepada orang ramai supaya dapat terus mematuhi penguatkuasaan PKPB yang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Kegagalan mematuhi arahan ini membolehkan orang ramai dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan: