Kanak-kanak terperangkap dalam kereta

Anggota Bomba dan Penyelamat Batu Gajah menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta yang terkunci dari dalam sebelum mangsa dikeluarkan dengan selamat. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak
Anggota Bomba dan Penyelamat Batu Gajah menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta yang terkunci dari dalam sebelum mangsa dikeluarkan dengan selamat. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak
A
A
A

BATU GAJAH - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun terperangkap kira-kira 45 minit di dalam kereta bapanya di Taman Gerbang Siputeh di sini hari ini.

Difahamkan mangsa terperangkap di dalam kereta ketika kedua ibu bapanya sedang bersiap untuk pulang ke rumah dari rumah nenek di taman perumahan tersebut.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Isa Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 12.44 tengah hari memaklumkan bahawa kanak-kanak terbabit terperangkap dalam sebuah kereta jenis Proton Saga BLM yang telah dihidupkan enjin di parkir di dalam kawasan rumah tersebut.

Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu kenderaan tersebut sebelum mangsa dikeluarkan dalam masa kira-kira 15 minit.

"Kanak-kanak tersebut terperangkap selepas kenderaan tersebut terkunci sendiri. Kita terpaksa menggunakan peralatan khas kerana kunci pendua kereta tersebut tidak ada.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada keluarga untuk tindakan lanjut. Operasi tamat jam 1.05 petang," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.

Artikel Berkaitan: