X

Kindly register in order to view this article
!

JPBM terima 5,340 naskhah al-Quran wakaf

Hashim (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan al-Quran kepada Abdul Wahab (dua dari kanan) sambil disaksikan Zuraida di Ibu Pejabat JBPM di sini hari ini. - Foto ROSLI TALIB
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) akan mengagihkan 5,340 naskhah al-Quran yang diterima daripada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) kepada 316 balai dan ibu pejabat.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, ia bagi mewujudkan Quran Corner di setiap balai.

"Ini satu usaha untuk kita memanfaatkan al-Quran ini dan mengamalkan dalam pekerjaan," katanya.

Beliau ditemui ketika JPBM yang diwakili Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menerima sumbangan tersebut dalam Majlis Infaq di sini hari ini.

Hadir sama, Sekretariat WUIF, Hashim Anang.

Abdul Wahab berkata, al-Quran tersebut melengkapkan program kerohanian yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Agama JBPM.

"Unit ini merangka pelbagai program antaranya pertandingan musabaqah al-Quran, Nuzul Quran dan sebagainya," kata beliau.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus