Tiga rakan tidak mengaku perdaya tawaran pajak tanah sawit

Tiga rakan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan atas tuduhan menipu dan memperdaya seorang lelaki membabitkan tawaran pajakan tanah kelapa sawit di Sungai Chebarang, Telang, Kuala Lipis tahun lalu.
Tiga rakan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan atas tuduhan menipu dan memperdaya seorang lelaki membabitkan tawaran pajakan tanah kelapa sawit di Sungai Chebarang, Telang, Kuala Lipis tahun lalu.
A
A
A

KUANTAN - Tiga rakan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas tuduhan menipu dan memperdaya seorang lelaki membabitkan tawaran pajakan tanah kelapa sawit di Sungai Chebarang, Telang, Kuala Lipis tahun lalu.

Tertuduh, Rosli Awang, 57; Sharul Azizul Musa,39, dan Muhammad Azman Zainal Hamzah, 31, bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Mohd Ghazali Muhamad Taib.

Kesemua mereka didakwa dengan niat memperdaya Yap Chin Beng supaya menyerahkan wang RM66,300 sebagai deposit pajakan tanah kelapa sawit di Sungai Chebarang, Telang di kawasan Hutan Simpan bagi urusan pihak kerajaan.

Berikutan tawaran daripada kesemua tertuduh menyebabkan Chin Beng menyerahkan wang RM66,300 milik Syarikat P&P Maju Resource kepada Ching Yew dan Yap Yee San supaya memasukkan wang itu ke dalam akaun Sharul Azizul dan Rosli.

Rosli Awang
Rosli Awang

Perbuatan itu didakwa dilakukan kesemua tertuduh di dua bank cawangan Kuala Lipis dan Raub pada 15 Februari hingga 19 Jun 2019.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (akta 574) dan dibaca mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah akta sama.

Hukuman bagi kesalahan ini, jika didapati bersalah boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Sarah Zainal Abidin menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Sementara itu, peguam, Zaharman Zainal Abidin mewakilkan semua tertuduh meminta agar mahkamah mengurangkan ikat jamin memandangkan pendapatan kesemua anak guamnya terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 setiap seorang dan menetapkan 2 Jun sebagai sebutan semula kes.