Rakyat Indonesia didakwa sertai tentera Israel

JAKARTA – Seorang rakyat didakwa menyertai tentera Israel (IDF), sekali gus menimbulkan kebimbangan serius mengenai sikap politik luar negeri Indonesia yang konsisten menyokong perjuangan Palestin.
Pakar Hubungan Antarabangsa dari Universiti Padjadjaran, Dina Sulaeman menegaskan, tindakan tersebut bertentangan secara etika dan ideologi dengan Undang-Undang Indonesia 1945 yang menekankan bahawa penjajahan di dunia harus dihapuskan.
“Secara etika dan ideologi, tindakan seorang warga negara Indonesia (WNI) yang bergabung dengan tentera negara yang menjalankan praktik penjajahan jelas bertentangan dengan prinsip Perlembagaan Indonesia,” kata Dina kepada tvOnenews.com pada Selasa.
Organisasi bukan kerajaan Israel, Hatzlacha melaporkan, lebih 50,000 tentera asing dari pelbagai negara, terutamanya Barat telah bergabung dengan pasukan Israel, termasuk individu yang memiliki dua kewarganegaraan.
Menjawab isu ini, Kementerian Luar Negeri Indonesia menegaskan bahawa pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut.
Jurucakap kementerian, Yvonne Mewengkang berkata, kedutaan Indonesia di Amman belum menerima maklumat yang sahih dan kementerian bersedia berkoordinasi dengan Kementerian Hukum dan hak kewarganegaraan untuk menyiasat serta menentukan langkah susulan mengikut undang-undang jika laporan itu benar.
“Kami ingin menegaskan bahawa Indonesia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan secara konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin serta menolak penjajahan,” tambah Yvonne. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang rakyar didakwa menyertai tentera Israel menimbulkan kebimbangan mengenai sikap politik Indonesia yang sokong Palestin
- Tindakan tersebut bertentangan dengan Undang-Undang Indonesia 1945 yang menentang penjajahan
- Lebih 50,000 tentera asing, termasuk yang berdua kewarganegaraan, telah bergabung dengan pasukan Israel
- Kementerian Luar Negeri Indonesia masih belum dapat mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut
- Indonesia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan menyokong perjuangan rakyat Palestin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
