Lapan tapak pembinaan gagal patuhi SOP

Ismail Sabri pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak lapan tapak pembinaan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan satu tapak pembinaan diarahkan tutup.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 16 Mei lalu Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memeriksa sebanyak 120 tapak pembinaan melibatkan 92 penguat kuasa.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati 15 daripadanya mematuhi SOP dan 96 lagi masih belum beroperasi.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif tapak binaan yang telah diperiksa ialah 4,183 dan 425 tapak pembinaan telah mematuhi SOP, 150 gagal patuhi dan telah diberi amaran manakala lima lagi diarahkan tutup.

“Pemeriksaan juga mendapati 3, 603 tapak binaan masih tidak beroperasi, SOP serta soalan lazim boleh dirujuk melalui laman web Kementerian Kerja Raya dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pemeriksaan tapak pembinaan, Ismail Sabri berkata, sebelum ini kawasan tapak pembinaan turut mempunyai kes positif Covid-19 dan diarahkan tutup.

Katanya, kerajaan juga mewajibkan pekerja warga asing di zon merah khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor untuk membuat ‘swab test’.

“Jadi sengaja saya bangkitkan mengenai perkara ini kerana ramai yang menganggap keadaan di tapak binaan masih berbahaya.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun seperti yang saya sebutkan tadi bawa CIDB telah menjalankan pemeriksaan mengejut di tapak binaan yang beroperasi dan ada juga yang masih belum beroperasi,” katanya.