Ternak kelulut isi tabung koperasi

Projek ternakan kelulut diusahakan Koperasi Kampung Pela Sdn Bhd, di Kampung Pela dijangka keluar hasil pertengahan tahun ini. (Gambar kecil: Latifah)
Projek ternakan kelulut diusahakan Koperasi Kampung Pela Sdn Bhd, di Kampung Pela dijangka keluar hasil pertengahan tahun ini. (Gambar kecil: Latifah)
A
A
A

HULU TERENGGANU - Menyedari permintaan tinggi dan potensi pasaran madu kelulut, mendorong Koperasi Kampung Pela Sdn Bhd mengorak langkah usahakan projek ternakan lebah kelulut.

Projek berkeluasan kira-kira 0.8 hektar itu dibangunkan hasil peruntukkan diperolehi koperasi melalui geran disalurkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berjumlah RM10,000 pada tahun lalu.

Setiausaha koperasi, Latifah Abd Rahman, 53, berkata projek perintis itu diusahakan bagi mengisi tabung koperasi sekaligus bakal memberi pendapatan sampingan kepada anggota koperasi.

"Koperasi Kampung Pela ini ditubuh awal tahun lalu dengan keahlian sekarang 50 anggota terdiri daripada penduduk kampung ini. Jumlah itu tidak termasuk ahli lembaga koperasi (ALK).

"Pertengahan tahun, kita atur langkah jalankan projek ternakan ini. Tapak projek ini dijalankan atas tanah yang disewa daripada pemilik persendirian.

Sebanyak 100 sarang kelulut diusahakan bagi peringkat permulaan projek ternakan kelulut oleh Koperasi Kampung Pela Sdn Bhd, di Kampung Pela.
Sebanyak 100 sarang kelulut diusahakan bagi peringkat permulaan projek ternakan kelulut oleh Koperasi Kampung Pela Sdn Bhd, di Kampung Pela.

"Sebagai permulaan kita usahakan sebanyak 100 sarang kelulut terlebih dahulu yang baharu kita terima sekitar akhir tahun baru-baru ini. Jumlah ini akan ditambah dari semasa ke semasa melihat kepada perkembangan.

"Hasil diperolehi dijangka selepas enam bulan. Selain itu juga, kita turut tanam pokok bunga air mata pengantin sekitar tapak projek sebagai tarikan kepada kelulut yang diternak," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Tambah Latifah, enam individu terdiri daripada ALK diberi ditanggungjawab menguruskan projek itu dan pihkanya turut dapat tunjuk ajar serta pemantauan daripada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah serta Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu.

"Walaupun tidak pernah usahakan ternakan ini, namun barisan individu yang diberi amanah uruskan projek ternakan ini belajar melalui pengalaman sewaktu kursus serta lawatan ke projek ternakan yang telah berjaya.

"Tunjuk ajar daripada pihak berkenaan juga banyak membantu kami. Perancangan jangka masa panjang, jika projek ternakan ini berjaya sebagaimana diharapkan kami akan turut hasilkan produk-produk hiliran daripada madu kelulut," ujarnya.