Dua lelaki ditahan ugut ADUN Sidam

Dua lelaki ditahan di Selangor dan Perak petang semalam.
Dua lelaki ditahan di Selangor dan Perak petang semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis menahan dua lelaki di Selangor dan Perak untuk membantu siasatan berkaitan kes ugutan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, penahanan lelaki itu dilakukan melalui serbuan pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Beliau berkata, suspek pertama berusia berusia 39 tahun ditahan di Telok Bunut, Banting, Selangor kira-kira jam 6 petang, semalam manakala lelaki berusia 23 tahun ditahan di Taman Sentosa, Langkap, Perak pada jam 6.30 petang.

"Dua suspek itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda. Polis turut merampas telefon bimbit kedua-dua suspek dan semakan mendapati mereka tiada rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek dipercayai berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani keluar dari parti tersebut.

Pada Rabu lepas, Dr Robert membuat laporan polis berkaitan beberapa ugutan diterima melalui laman sosial Facebook dan mesej ke atas ahli keluarga dan perniagaannya dari beberapa individu.

Artikel Berkaitan: