Lihat dua adik berlumuran darah, Muhammad Saiful sempat minta maaf

Muhammad Saiful Haikal (berkerusi roda) hadir ke pengebumian dua adiknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung, Pasir Mas pada Jumaat.
Muhammad Saiful Haikal (berkerusi roda) hadir ke pengebumian dua adiknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung, Pasir Mas pada Jumaat.
A
A
A

PASIR MAS - "Saya sempat minta maaf pada mereka di atas apa yang berlaku."

Itu luahan sebak Muhammad Saiful Haikal Saiful Nizam, 18, yang sempat memohon maaf kepada dua adiknya selepas melihat mereka berlumuran darah dan dalam keadaan kritikal susulan kemalangan motosikal di Kampung Bechah, Tendong di sini pada Khamis.

Muhammad Saiful Haikal mengalami patah pada ibu jari kaki kanan dan kini sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan di HRPZ II.
Muhammad Saiful Haikal mengalami patah pada ibu jari kaki kanan dan kini sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan di HRPZ II.

Mengimbas kejadian itu, Muhammad Saiful Haikal berkata, dia terpaksa mengerah kudrat menahan kesakitan untuk menghampiri kedua-dua adiknya, Muhammad Saiful Haider, 10, dan Muhammad Saiful Hayyan, 6, bagi melihat keadaan mereka.

Katanya, dia turut mengalami kecederaan patah ibu jari kaki kanan selepas tercampak daripada motosikal dalam kejadian berkenaan.

"Semasa kejadian, saya hanya ingat ketika itu pandangan tiba-tiba menjadi kabur. Apabila sedar kami sudah terpelanting jauh dari motosikal," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung di sini pada Jumaat.

Jenazah dua beradik dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung, Pasir Mas pada Jumaat.
Jenazah dua beradik dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung, Pasir Mas pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, media melaporkan dua beradik maut, manakala abang sulung mereka cedera selepas motosikal dinaiki dipercayai terbabas sebelum bergesel dengan tiang lampu dan melanggar lubang di tepi jalan.

Dalam kejadian itu, Muhammad Saiful Haider disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala adiknya, Muhammad Saiful Hayyan, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Jenazah dua beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung, Pasir Mas pada Jumaat.
Jenazah dua beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung, Pasir Mas pada Jumaat.

Muhammad Saiful Haikal berkata, dia menunggang motosikal berkenaan, manakala kedua-dua adiknya membonceng.

Katanya, dia kini dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan di HRPZ II.

Ketika hadir di tanah perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua adiknya, Muhammad Saiful Haikal dilihat berkerusi roda akibat kecederaan dialaminya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!