Kebenaran solat berjemaah boleh ditarik balik jika gagal patuh SOP

Jemaah menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki masjid bagi menunaikan solat Jumaat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Masjid Sultan Azlan Shah hari ini. - Foto Bernama
Jemaah menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki masjid bagi menunaikan solat Jumaat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Masjid Sultan Azlan Shah hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tidak mustahil kebenaran solat berjemaah di masjid akan ditarik balik jika berlaku ketidakpatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, pihaknya akan menerima maklum balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri,

Beliau berkata, jika ada kes terpencil, pihak pengurusan masjid akan memberi nasihat supaya mematuhi SOP.

"Bagaimanapun, mungkin (kebenaran ditarik balik), walaupun (masjid) baru dibuka, (tetapi) jika banyak kawasan yang telah melanggar SOP, tidak mustahil kalau perkara yang dibenarkan ditarik balik.

"Tidaklah kita tarik semua kelulusan kepada masjid-masjid yang patuh kepada SOP yang dikeluarkan. Jadi berbagai kemungkinan boleh berlaku," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan mengenai pemerhatian terdapat jemaah yang solat Jumaat di luar masjid selepas kuota 30 jemaah dalam masjid telah penuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Solat Jumaat pertama dalam tempoh PKPB

Mengulas lanjut, beliau berkata SOP tidak boleh diubah sewenang-wenangnya kerana ia keputusan ditetapkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Kalau untuk negeri tiada Sultan, ia dipersembahkan kepada Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seperti Wilayah Persekutuan. Maknanya SOP itu sudah mendapat perkenan.

"Jadi tidak boleh sewenang-wenangnya untuk mengubahnya. Jumlah yang dibenarkan seramai 30 tidak boleh ditambah sehingga 60 untuk solat di luar masjid," katanya.