KKM cari kontak rapat kes kematian ke-110

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan mengesan kontak rapat kes kematian ke-110 iaitu seorang lelaki ditemui mati di Rompin, Pahang yang disahkan positif koronavirus (Covid-19), semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan difahamkan pesakit tersebut telah berjalan kaki dari Segamat untuk balik ke Terengganu, namun meninggal dunia di Rompin.

“Sebab-sebab kematian masih dalam siasatan dan kita akan laksanakan ‘contact tracing’ di tempat asal beliau iaitu di Segamat, Johor.

“Jadi kita akan siasat siapa rakan-rakan beliau sebagaimana yang kita laksanakan untuk kes-kes yang lain,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini, hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai kematian kes ke-112, Dr Noor Hisham berkata, lelaki warga tempatan berusia 39 tahun dan mempunyai sejarah kemalangan serta patah kedua-dua kaki awal tahun itu telah mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditemui mati di Rompin disahkan positif Covid-19

“Mangsa juga dikesan mempunyai penyakit jantung bengkak sebelum ini dan ditambah pula dengan jangkitan Covid-19.

“Sekarang ini kita dapati ada tiga faktor yang boleh menyebabkan kematian terutama bagi mereka yang berusia muda iaitu komplikasi antaranya radang paru-paru, fenomena darah beku dan kurang daya ketahanan tubuh,” katanya.

Artikel Berkaitan: