X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 08 Julai 2022

Covid-19: Penularan tempatan masih terkawal

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kes penularan tempatan wabak koronavirus (Covid-19) di Malaysia masih terkawal dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil pendekatan tertumpu melibatkan tiga kumpulan sasar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kumpulan itu ialah Perhimpunan Sri Petaling, sekolah tahfiz dan warga asing.

"Kita akan mengenal pasti lokaliti dan tindakan kepada pengesanan kes di lokaliti dan kumpulan sasar.

"Jadi, kalau kita lihat hari ini 45 kes masih dua angka dan terkawal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai kes penularan tempatan Covid-19 di negara ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham yakin kes akan terus berkurangan dalam tempoh seminggu akan datang.

"Jadi kita harap dalam tempoh seminggu lagi angka (kes positif) makin berkurangan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!