Dua berita tular palsu

Kenyataan KKMM yang dikeluarkan pagi ini.
Kenyataan KKMM yang dikeluarkan pagi ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Respon Pantas di bawah kendalian Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyangkal dua berita palsu yang tular di media sosial hari ini.

Menurut kenyataan Pasukan Respon Pantas, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor menafikan dakwaan terdapat pesakit positif koronavirus (Covid-19) di Klinik Sentral, Bandar Utama Daerah Segamat.

Selain itu, pihak Pengurusan Econsave menafikan dakwaan bahawa pekerjanya di Econsave Alam Jaya, Puncak Alam, Selangor positif Covid-19.

“Pihak Econsave memberi jaminan sentiasa melaksanakan kerja menyahkuman premis demi keselamatan pekerja dan pelanggan,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, KKMM memaklumkan Talian Hotline Kementerian itu beroperasi 24 jam setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aduan atau pertanyaan juga boleh disalurkan melalui e-mel kepada eaduan@kkmm.gov.my.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian 03-88882010. Ikuti channel Telegram Rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Rasmi di https://t.me/kkmmchannel," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: