Malaysia bertindak pantas bendung Covid-19

Kerajaan Malaysia bertindak pantas dalam mengambil langkah-langkah pencegahan untuk membendung pandemik Covid-19.
Kerajaan Malaysia bertindak pantas dalam mengambil langkah-langkah pencegahan untuk membendung pandemik Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia bertindak pantas dalam mengambil langkah-langkah pencegahan untuk membendung pandemik Covid-19.

Duta Tajikistan ke Malaysia, Ardasher Qodiri berkata, pihak berkuasa Malaysia juga telah mengambil semua langkah perlu untuk meringankan kesulitan warga asing termasuk rakyat Tajikistan.

"Kami melihat bagaimana bantuan dan sokongan luar biasa yang diberikan kerajaan kepada rakyat serta perniagaan kecil dan sederhana," kata duta itu kepada Bernama.

Qodiri berkata warga Tajikistan dinasihatkan mematuhi semua saranan dan peraturan ditetapkan kerajaan Malaysia untuk membendung wabak Covid-19 di negara ini.

"Ada juga warga Tajikistan memohon menjadi sukarelawan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membantu pasukan barisan hadapan," katanya.

Situasi yang tidak menentu di seluruh dunia dan tiada penerbangan terus, rakyat Tajikistan yang gagal untuk pulang dinasihatkan terus berada di negara ini sementara waktu.

Justeru, kedutaan menyediakan talian hotline 24 jam dan menempah penginapan untuk sebarang kes kecemasan, katanya.

Beliau berkata terdapat kira-kira 70 penuntut Tajikistan di Malaysia dan lima pelancong yang masih tidak dapat pulang disebabkan sekatan perjalanan. - Bernama

Artikel Berkaitan: