Kaunter khidmat pelanggan Air Selangor kembali beroperasi esok

Orang ramai boleh melakukan urusan di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor bermula esok.
Orang ramai boleh melakukan urusan di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor bermula esok.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Semua kaunter khidmat pelanggan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan mula dibuka kepada orang ramai esok.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri berkata, kaunter berkenaan akan beroperasi Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang sepanjang Ramadan dan semua persiapan dalam konteks keselamatan sudah dilakukan.

“Kami akan menjalankan saringan ujian suhu badan pelanggan sebelum dibenarkan berurusan di kaunter selain hand sanitizer turut disediakan. Air Selangor juga memberi jaminan hanya kakitangan yang sihat dibenarkan bertugas dan memakai topeng muka,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, Air Selangor berharap pelanggan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya semasa berada di kaunter dengan mengamalkan penjarakan sosial seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, Air Selangor juga menyediakan kemudahan 'drop box' bagi penyerahan dokumen dan cek di kawasan kaunter.

Tambahnya, bagi mengelakkan kesesakan dan mengurangkan kontak rapat di antara pelanggan dan petugas, pihaknya menggalakkan pelanggan membuat pembayaran secara dalam talian melalui Jompay (Biller Code: 4200); Aplikasi Air Selangor (Muat turun di App Store atau Google Play Store); Portal Perkhidmatan Pelanggan Air Selangor dan ejen kutipan berdaftar Air Selangor.

“Bagi perkhidmatan lain yang melibatkan urusan selain pembayaran seperti permohonan pertukaran hakmilik, pelanggan digalakkan mengimbas borang permohonan dan menghantarnya melalui e-mel di wecare@airselangor.com.

“Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau laman sesawang kami di www.airselangor.com serta hubungi kami di talian 15300 untuk sebarang pertanyaan dan bantuan,” katanya.

Artikel Berkaitan: