PKPB: Pemilik restoran akur syarat operasi

Pengusaha restoran akur dengan peraturan yang ditetapkan kerajaan untuk restoran beroperasi bermula 4 Mei ini.
Pengusaha restoran akur dengan peraturan yang ditetapkan kerajaan untuk restoran beroperasi bermula 4 Mei ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengusaha restoran akan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan selepas mereka dibenarkan beroperasi semula Isnin ini.

Beberapa pemilik restoran yang ditemui gembira dengan ketetapan itu dan bersedia memulakan operasi dan akan mengikut garis panduan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pemilik Restoran Siti Shah Maju, Shariff Ghani bersetuju dengan garis panduan yang ditetapkan sebagai langkah pencegahan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"InsyaALLAH, Isnin ini restoran saya akan beroperasi selepas sebulan patuh kepada PKP," katanya kepada Sinar Harian.

Pengusaha restoran akur dengan peraturan yang ditetapkan kerajaan untuk restoran beroperasi bermula 4 Mei ini.
Pengusaha restoran akur dengan peraturan yang ditetapkan kerajaan untuk restoran beroperasi bermula 4 Mei ini.

Siti Shah berharap pelanggan juga akan mematuhi arahan dan tidak cepat merungut jika mereka terpaksa menunggu lebih lama kerana mengikut setiap arahan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, pengusaha Restoran Belana Corner U12, Muhammad Bukhori Zainal berkata, pemilik restoran perlu akur dan ada pengawasan ketat supaya pelanggan dan pekerja berada dalam keadaan selamat.

"Saya sendiri akan memberi penerangan kepada semua staf berkaitan perkara ini," katanya yang akan melihat sambutan pelanggan untuk meneruskan operasi sama ada secara bungkus atau makan di restoran.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia menerusi perutusan khas sempena Hari Pekerja pagi tadi mengumumkan restoran boleh dibuka mulai 4 Mei dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan sosial.