X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: KKM disaran tidak bergantung kepada ujian pengesanan pantas

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran tidak terlalu bergantung kepada ujian pengesanan pantas (rapid test) untuk saringan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu disuarakan oleh sepasukan pakar perubatan China yang berkongsi pengalaman di sini.

"Kita sedang melihat kepada sistem saringan dan mereka menasihatkan supaya terlalu bergantung kepada ujian pantas Covid-19," katanya.

Menurutnya, selain itu pada perbincangan akhir sebelum pasukan tersebut pulang, mereka turut menyentuh mengenai teknologi.

"Piawaian terbaik ialah penggunaan ujian real time polymerase chain reaction (RT-PCR).

"Banyak teknologi yang telah kita lihat dan bincang dengan mereka," katanya.

Beliau berkata, pasukan pakar perubatan yang terdiri daripada lapan individu turut dibawa melawat fasiliti kesihatan.

"Mereka kagum dengan kemudahan yang disediakan dan tidak menyangka kita sangat bersedia melalui penyediaan tujuh hospital bagi Covid-19," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, secara polisinya KKM telah mempelajari pengalaman China kerana mereka menghadapi situasi itu dua bulan di hadapan.

"Kita melihat kepada isu-isu teknikal contohnya makmal," katanya.

Menurutnya, kementerian telah mengoptimumkan kapasiti berdasarkan kepada sumber manusia, fasiliti dan mobilisasi seperti dilakukan di Wuhan.

"Kita memobilisasikan pegawai di zon hijau untuk kembali bertugas di ibu negara bagi membantu di tujuh hospital Covid-19.

"Kita rancang awal, ambil tindakan sewajarnya dan lihat keputusan yang baik pada hari ini.

"Ini memberikan persepsi bahawa kita jalankan tugas yang betul sebagaimana mereka lakukan di Wuhan," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!