Papisma cipta gerobok Covid-19 bantu petugas barisan hadapan

Zaini (kiri) mengiringi Datuk Tuan Ibrahim melihat cara penggunaan gerobok tersebut.
Zaini (kiri) mengiringi Datuk Tuan Ibrahim melihat cara penggunaan gerobok tersebut.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 17 kotak gerobok koronavirus (Covid-19) dicipta Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) secara sukarela bagi membantu memberi pencegahan kepada petugas barisan hadapan semasa melakukan ujian saringan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau turut terpanggil untuk sama-sama menyumbang RM20,000 dalam penghasilan gerobok tersebut termasuklah dengan bantuan beberapa pihak lain.

"Saya berbangga dengan kesediaan Papisma menghasilkan 17 gerobok untuk diagihkan kepada hospital dan klinik-klinik kesihatan yang memerlukan.

“Bagi saya, jasa barisan hadapan ini amat bernilai dan kita mahu bantu kurangkan risiko jangkitan kepada mereka. Insya-ALLAH,” katanya kepada media di sini.

Menurutnya, usah itu diharap menjadi pemangkin kepada pihak lain untuk sama-sama membantu.

"Gerobok ini adalah projek sukarela Papisma yang berjumlah RM2,300 setiap satu. Kalau beli yang sudah siap, memang agak mahal," katanya.

Terdahulu, beliau turut menyerahkan gerobok tersebut kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Untuk rekod, Papisma telah membuat 17 buah gerobok dan dua daripadanya telah diserahkan kepada Klinik Kesihatan Kota Bharu dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 11 kotak pula akan diserahkan kepada klinik-klinik kesihatan dan hospital di daerah ini, manakala empat lagi akan diberikan kepada Hospital Kemaman, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pejabat Kesihatan Hulu Langat.