10 kes baharu libatkan rakyat Malaysia baru pulang luar negara

KKM merekodkan sebanyak 10 kes baharu Covid-19 melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara. (Gambar fail foto Bernama)
KKM merekodkan sebanyak 10 kes baharu Covid-19 melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara. (Gambar fail foto Bernama)
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 10 kes baharu koronavirus (Covid-19) melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes import itu meningkat kepada 154 orang.

"Pengembara Malaysia yang baru pulang dari United Kingdom mencatatkan jumlah kes paling tinggi iaitu seramai lima orang.

"Ia disusuli dengan dua orang yang baru pulang dari Singapura dan masing-masing satu Indonesia, Brunei Darussalam dan Kemboja," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan kawasan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur merekodkan jumlah kes baharu paling tinggi iaitu lima kes.

Selain itu katanya, masing-masing satu kes di PKPD Selangor Mansion dan Menara Plaza City One.

"Lain-lain PKPD tiada kes baharu dicatatkan," katanya.

Artikel Berkaitan: