Penganggur curi duit tabung surau

Tabung surau yang dicungkil oleh suspek bagi mendapatkan duit. (Duit yang dirampas bersama suspek.)
Tabung surau yang dicungkil oleh suspek bagi mendapatkan duit. (Duit yang dirampas bersama suspek.)
A
A
A

GOMBAK - Seorang penganggur ditahan selepas mencuri duit tabung Surau Ar-Rahmaniah di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 30 tahun itu disedari masuk ke surau berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

"Suspek masuk ke dalam surau melalui pintu jeriji yang tidak berkunci dan mencuri wang tabung surau menggunakan pita pelekat yang dibawanya.

"Penduduk setempat berjaya menahan suspek di hadapan surau dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, polis menahan suspek dan merampas wang tunai berjumlah RM141 bersama pita pelekat yang digunakan untuk mencuri duit tabung itu.

"Suspek mempunyai tujuh rekod jenayah dan direman mulai hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 kanun keseksaan dan Sek 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988, " katanya.

Artikel Berkaitan: