Bilangan negeri sifar kes baharu Covid-19 menurun

DR NOOR HISHAM
DR NOOR HISHAM
A
A
A

PUTRAJAYA - Bilangan negeri yang mencatatkan sifar kes baharu wabak koronavirus (Covid-19) menurun kepada lapan hari ini berbanding 13 negeri hari ini.

Ia susulan pertambahan lima negeri yang merekodkan kes positif baharu wabak tersebut.

Negeri berkenaan ialah Johor yang merekodkan empat kes baharu, diikuti Pulau Pinang dua dan masing-masing satu kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Kes positif baharu yang direkodkan Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya itu merupakan kes import, manakala, Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal sifar kes positif baharu.

Sementara itu, Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan bilangan kes kumulatif tertinggi iaitu 1,394 kes.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1,170 kes dan Johor, 659 kes.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya memaklumkan terdapat 38 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes meningkat kepada 5,780 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,820 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Artikel Berkaitan:

"Sehingga kini seramai 36 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi di mana 15 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dr Noor Hisham juga turut memaklumkan tiada kematian direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes kekal 98 orang.