Amaran hujan berterusan tahap waspada di dua negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan seluruh Terengganu hingga Jumaat ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah.
Menurut MetMalaysia, analisis terhadap model ramalan cuaca menunjukkan luruan angin timuran dijangka berlaku di timur Semenanjung hingga Jumaat ini, yang berpotensi membawa hujan berterusan di kedua-dua negeri sepanjang tempoh itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi mudah alih myCuaca. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
