Hujan lebat, ribut petir dijangka landa beberapa negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga jam 5 petang pada Selasa.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga jam 5 petang pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga jam 5 petang pada Selasa. 

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kubang Pasu, Padang Terap, Baling, Sik dan Kulim, manakala di Perak melibatkan Hulu Perak, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar dan Kinta.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, iaitu Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai serta Pahang (Kuantan, Pekan, Jerantut dan Rompin).

Di Selangor, kawasan dijangka mengalami cuaca sama ialah Kuala Langat, Sepang, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Petaling dan Klang manakala di Johor membabitkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Mukah (Mukah, Matu, Dalat dan Daro), Sibu (Selangau), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi), Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Limbang, Sri Aman (Pantu), Serian serta Kapit (Song, Bukit Mabong dan Kapit).

Selain itu, di Sabah kawasan terlibat ialah Kudat, Sandakan, Tawau, Pedalaman (Membakut, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang) serta Pantai Barat (Ranau dan Papar). - Bernama 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!