'Frontliners' terima hadiah gincu

Ahmad Hami (kanan) menyerahkan gincu jenis lipmatte kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Kasemani Embong.
Ahmad Hami (kanan) menyerahkan gincu jenis lipmatte kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Kasemani Embong.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kesukaran dialami kakitangan kesihatan dalam membendung penularan pandemik koronavirus (Covid-19) mendorong pengasas produk kecantikan menghadiahkan sebanyak 350 gincu bagi menghargai sumbangan dan jasa mereka.

Ahmad Hami Rifdi, 24, berkata, sumbangan itu disampaikan kepada kakitangan di tiga buah agensi melibatkan Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu, Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) dan Aims Global Group.

"Saya ingin cipta sedikit kelainan dengan menghadiahkan gincu (lipmatte) sebagai penghargaan kepada frontliners yang banyak berkorban dalam 'memerangi' wabak Covid-19 khususnya di negeri Terengganu.

"Semoga ia sedikit sebanyak dapat memberikan kegembiraan kepada barisan kakitangan kesihatan yang banyak berkorban sehingga mempertaruhkan nyawa sendiri demi memastikan kita semua selamat daripada pandemik Covid-19," katanya.

Dalam pada itu, katanya, antara kelebihan gincu jenis lipmatte dari Soulmatte Beauty yang bernilai RM40 setiap satu itu ialah ia mengandungi bahan asas utama iaitu minyak argan dan vitamin E.

"Selain menjadi pelengkap dandanan ia mampu merawat bibir yang kering dan menggelupas.

"Saya harap ia akan memberikan keselesaan dan menceriakan wajah si pemakainya.

"Semoga mereka semua sentiasa ceria walaupun berada dalam keadaan sukar ketika ini," katanya.

Artikel Berkaitan: