Kecantikan anak Azrinaz jadi perhatian

Puteri Ameerah (kiri), Azrinaz (kanan) turut memuji kecantikan anaknya, Puteri Ameerah.
Puteri Ameerah (kiri), Azrinaz (kanan) turut memuji kecantikan anaknya, Puteri Ameerah.
A
A
A

UMUM mengetahui bekas wartawan penyiaran, Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai sepasang cahaya mata yang kini di bawah jagaan bekas suaminya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah.

Sejak beberapa hari lalu, beberapa foto anak perempuannya iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah tular di media sosial.

Rata-rata memuji kecantikan Puteri Ameerah yang kini berusia 15 tahun.

Malah Azrinaz, 44, mengakui menerima pelbagai pujian daripada warga net yang menyifatkan Puteri Ameerah mewarisi kecantikannya.

"Gambar awak telah tular sejak beberapa hari lalu. Saya telah menerima banyak DM (mesej peribadi) dan tag.

"Ramai yang mengatakan kita seiras... kecantikan dan keanggunan awak cukup mempesonakan. Semoga diberkati," tulisnya pada hantaran terkini di media sosial.

Perkongsian Azrinaz itu turut dipersetujui rakan selebriti dan peminat.

Tidak kurang juga yang terpegun melihat kecantikan Puteri Ameerah yang kini sudah meningkat dewasa.

Puteri Ameerah bersama ayahandanya, Sultan Hassanal Bolkiah.
Puteri Ameerah bersama ayahandanya, Sultan Hassanal Bolkiah.

Sekadar info, Azrinaz menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada tahun 2005, namun perkahwinan itu hanya bertahan selama lima tahun.

Selain Puteri Ameerah, Azrinaz turut mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel yang kini berusia 17 tahun.

Azrinaz sudah kembali bergelar isteri kepada Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3.

Menerusi perkahwinan yang terbina sejak 1 Mei 2018 itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 4, dan Atheera Medinah, 2 tahun.