UMNO gesa AGC beri penjelasan asas undang-undang penangguhan pelaksanaan tahanan di rumah

Azalina
Azalina
A
A
A

SHAH ALAM – UMNO menghormati kedudukan Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang utama kerajaan dan menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) memberikan penjelasan segera berhubung asas perundangan bagi penangguhan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, prinsip yang perlu dipegang adalah jelas iaitu kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dijunjung.

Menurutnya, titah pengampunan bersyarat serta perintah mahkamah juga perlu dihormati dan diberikan kesan mengikut lunas undang-undang.

"UMNO memandang serius persoalan yang timbul berhubung pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Khususnya selepas bayaran denda dibuat dan perintah Mahkamah Tinggi dikeluarkan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN:‘Keluarga tidak dimaklumkan’- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta Najib

Denda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamah

Najib sudah bayar RM50 juta - Peguam

Dana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib

Artikel Berkaitan:

[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah Najib

Dua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman Najib

Kronologi keputusan tahanan rumah Najib

Anwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromi

AGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib

Isu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihat

Tangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf Wajdi

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.

AGC dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan keputusan tersebut dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.

Menurut AGC, terdapat dua kemungkinan tafsiran terhadap perintah berkenaan yang memerlukan penelitian lanjut sebelum tindakan pelaksanaan seterusnya dapat dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, dalam perkara yang melibatkan keputusan mahkamah, kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan serta hak seseorang di sisi undang-undang, sebarang ketidakselarasan atau penangguhan perlu disertakan dengan penjelasan yang jelas dan berasaskan undang-undang.

"Dalam perkara yang melibatkan keputusan mahkamah, kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan serta hak seseorang di sisi undang-undang, sebarang ketidakselarasan atau penangguhan perlu dijelaskan secara tuntas dan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!