Dua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman Najib

Dua kenderaan Jabatan Penjara dilihat memasuki kawasan kediaman Najib di Langgak Duta kira-kira jam 2.40 petang, Jumaat. 
Dua kenderaan Jabatan Penjara dilihat memasuki kawasan kediaman Najib di Langgak Duta kira-kira jam 2.40 petang, Jumaat. 
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua kenderaan Jabatan Penjara dilihat memasuki kawasan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur sekitar jam 2.40 petang, Jumaat. 

Perkembangan itu berlaku susulan pengesahan peguam bekas Ahli Parlimen Pekan itu, Farhan Muhammad Shafee, bahawa pihaknya sudah memperoleh perintah mahkamah bagi membolehkan anak guamnya menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pasukan peguam bekas Presiden UMNO itu menuju ke Penjara Kajang bagi menyerahkan perintah pelaksanaan tahanan rumah yang diperoleh daripada Mahkamah Tinggi di sini.

Bagaimanapun, Farhan berkata, beberapa proses lanjut perlu diselesaikan sebelum Najib dibenarkan keluar dari penjara.

Beliau menjangkakan urusan berkenaan dapat diselesaikan hari ini, tertakluk kepada kelancaran proses terbabit.

Ditanya sama ada bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 73 tahun itu akan meninggalkan Penjara Kajang serta-merta, beliau berkata, ia bergantung kepada perjalanan proses berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!