MAIS, YIDE hulur sumbangan

Ahmad Shahir (kanan) menyampaikan PPE kepada salah sebuah pusat dialisis di bawah seliaan YIDE.
Ahmad Shahir (kanan) menyampaikan PPE kepada salah sebuah pusat dialisis di bawah seliaan YIDE.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menyampaikan pelbagai bantuan kepada petugas barisan hadapan serta pegawai di rumah pemulihan riqab.

MAIS dalam kenyataannya memaklumkan, bantuan dalam bentuk makanan ringan disampaikan kepada kepada 278 pPenerima dari pemulihan riqab melibatkan Baitul Ehsan, Baitul Iman dan Baitul Islah.

Menurut kenyataan itu, Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar yang menyempurnakan penyampaian itu turut meluangkan masa melihat situasi agihan sumbangan dan keadaan pelatih di rumah pemulihan riqab MAIS.

"Ahmad Shahir juga berbesar hati menyampaikan set makanan kepada petugas di sekatan jalan raya," katanya.

Selain penyampaian berupa makanan ringan itu Ahmad Shahir turut menyampaikan sumbangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) kepada pusat dialisis di bawah seliaan YIDE.

"Pusat dialisis terlibat ialah Pusat Dialisis Kuala Selangor dan Pusat Dialisis Sungai Besar.

"Semua bantuan yang disalurkan itu adalah hasil daripada kutipan Tabung Prihatin Covid-19 MAIS.

"QSR Brands juga turut serta dalam penyampaian sumbangan dengan menyumbang sebanyak 300 set piza," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai digalakkan untuk terus menderma di Tabung Prihatin Covid-19 MAIS untuk sama-sama membantu petugas barisan hadapan serta golongan-golongan yang masih memerlukan bantuan.