Pengawal keselamatan didakwa amang seksual fizikal anak jiran

No Image Caption
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 23 pertuduhan termasuk melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun sejak bulan lepas.

Zulkefflee Ismail, 57, didakwa atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak itu di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Lelaki itu turut didakwa atas satu pertuduhan memiliki video lucah di dalam telefon bimbit di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Selain itu, Zulkefflee turut berdepan dengan lapan pertuduhan bagi kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana memiliki video lucah antara tertuduh dan mangsa.

Tertuduh juga berdepan dengan enam lagi pertuduhan di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana menggunakan kanak-kanak itu untuk menghasilkan video porno.

Lelaki terbabit juga berdepan dengan satu lagi pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh di beberapa kawasan termasuk di sebuah hotel di daerah Seberang Perai Utara antara 17 Mac dan 7 April lepas.

Kelmarin seorang lelaki ditahan polis kerana meliwat anak jirannya lebih 20 kali apabila dia membawa kanak-kanak lelaki tersebut keluar berjalan-jalan termasuk bermalam di sebuah hotel bajet di sini sejak bulan lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: