Agihan bantuan kepada penduduk Tanjong Karang

Noh memandu jentera mengagihkan barangan keperluan pada Misi Bantuan PKP Ramadan Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.
Noh memandu jentera mengagihkan barangan keperluan pada Misi Bantuan PKP Ramadan Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.
A
A
A

TANJONG KARANG - Sebanyak RM1 juta diperuntukkan sempena Misi Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ramadan Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan sumbangan berupa barangan keperluan harian itu disalurkan kepada penduduk di Parlimen berkenaan.

Menurutnya, semua penduduk Melayu yang dianggarkan kira-kira lebih 16,000 di Parlimen Tanjong Karang menerima sumbangan berkenaan.

"Kami juga menyampaikan sumbangan ini kepada seramai 1, 300 penduduk India di estet dan seramai 500 penduduk Cina di Parlimen ini," katanya kepada Sinar Harian.

Noh berkata, saban tahun secara tradisinya beliau menyampaikan sumbangan kepada semua penduduk mengikut musim perayaan tiga kaum utama di Parlimen itu.

"Di Parlimen Tanjong Karang kita buat sedikit kelainan dengan mengagihkan bantuan kepada semua golongan pada musim perayaan sama ada Aidilfitri, Tahun Baharu Cina atau Deepavali," katanya.

Katanya, sumbangan memasuki hari ketiga itu diserahkan kepada 98 UMNO Cawangan untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

"Antara sumbangan disampaikan kepada penduduk seperti beras, gula, tepung, telur dan minyak masak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Noh, pihaknya sentiasa prihatin dan pemberian sumbangan itu turut mendapat kerjasama daripada Pas, rakan komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC.

Katanya, pihaknya juga sebelum ini mengagihkan sumbangan kepada 3, 000 penerima merangkumi tiga golongan iaitu pesakit terlantar, ibu tunggal dan golongan miskin.

“Kita harap bantuan ini akan meringankan beban penerima di samping membuktikan keprihatinan saya dalam mendekati dan membantu golongan memerlukan pada setiap masa,” katanya.