Lepak, hisap rokok!

A Asmadi Abdul Aziz
A Asmadi Abdul Aziz
A
A
A

IPOH - Tindakan lima rakan yang melepak dan menghisap rokok mengundang padah apabila mereka ditahan selepas didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul di sebuah rumah di Taman Pinji Mewah, Lahat di sini semalam.

Kesemua mereka berusia lingkungan 19 hingga 22 tahun itu ditahan sekitar jam 8.45 malam oleh anggota polis yang menjalankan tugasan Ops Cantas Covid-19.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, anggota yang menjalankan rondaan ternampak lima lelaki sedang berkumpul di hadapan sebuah rumah.

"Ketika ditanya tujuan berkumpul, mereka memberi alasan yang tidak munasabah iaitu saja melepak untuk menghisap rokok.

"Tangkapan dibuat atas kesalahan melanggar PKP dengan cuai yang mungkin boleh merebakkan jangkitan penyakit merbahaya kepada nyawa," katanya.

Menurutnya, kesemua mereka bekerja sebagai buruh binaan dan pelayan restoran mengaku faham arahan PKP dikeluarkan kerajaan.

"Siasatan lanjut mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

"Mereka akan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.

Artikel Berkaitan: