Tiket dan makan mahal, tengok F1 depan TV sajalah

Beberapa penonton merakam aksi pemandu Oracle Red Bull Racing, Max Verstappen pada perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang. Foto: Bernama
Beberapa penonton merakam aksi pemandu Oracle Red Bull Racing, Max Verstappen pada perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang. Foto: Bernama
A
A
A

KALAU sudah tahu tiket Formula 1 (F1) Grand Prix Bahrain di Sepang mahal, makanan pula dikatakan mencecah RM150 untuk makan tengah hari, cuaca panas terik dan hujan pula tidak kenal masa, persoalannya mudah sahaja, kenapa masih pergi ke litar?

Bukankah perlumbaan F1 boleh ditonton di televisyen? Tak perlu bersesak-sesak. Tak perlu cari tempat letak kereta. Tak perlu beratur panjang. Tak perlu berpanas. Kalau hujan, tidak perlu pun buka payung.

Tetapi Merak Jalanan tiba-tiba terfikir, mengapa pula ada yang membandingkan harga acara antarabangsa itu dengan harga di tepi jalan? Ia tidak adil sama sekali.

Begitu juga pengalaman berada dan melihat secara langsung drama dan persaingan perlumbaan F1 yang tidak boleh dijangka kesudahannya itu.

Di litar, kita dapat melihat sendiri jentera yang bernilai jutaan ringgit memecut di depan mata, mendengar deruman enjin dan merasai bahang suasana yang tidak boleh dihantar melalui skrin televisyen.

Itulah yang sebenarnya dibayar. Bukan semata-mata untuk melihat kereta bergerak. Kita membayar pengalaman yang mungkin tidak semua orang mampu meraihnya.

Jadi, apabila GP Bahrain dilaksanakan di Malaysia, ia merupakan satu peluang berharga dan kita tidak perlu terbang ke negara orang untuk merasai pengalaman itu.

Apabila kita memilih mahu merasai pengalaman itu, maka hadapilah suasananya berada di tengah-tengah ratusan ribu peminat dan bawalah pulang pengalaman yang boleh dikenang bertahun-tahun.

Merak Jalanan sendiri pernah merasai pengalaman itu, suka duka melihat sendiri juara dunia di hadapan mata boleh diceritakan sekurang-kurangnya kepada anak cucu kelak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!