Berselera makan nasi kerabu penuh ulat

Tular video seorang wanita yang sedang menikmati nasi kerabu sebelum terkejut apabila dia menuang budu mengandungi banyak ulat.
Tular video seorang wanita yang sedang menikmati nasi kerabu sebelum terkejut apabila dia menuang budu mengandungi banyak ulat.
A
A
A

MERAK Jalanan tertarik melihat satu video tular seorang wanita yang sedang menikmati nasi kerabu sebelum terkejut apabila dia menuang budu mengandungi banyak ulat.

Bayangkan, tengah berselera hendak makan, tiba-tiba nampak benda yang bukan sepatutnya ada dalam makanan. Boleh terbantut selera dibuatnya dan yang melihat pula rasa geli tekak.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian Merak Jalanan ialah apabila timbul dakwaan peniaga nasi kerabu menjadi punca kejadian itu.

Mujur ada rakaman video yang memperlihatkan budu berkenaan dibawa sendiri oleh wanita terbabit, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada masalah itu berpunca daripada makanan yang dibeli atau bahan tambahan yang dibawanya.

Di sinilah kita perlu melihat soal kebersihan makanan dari sudut lebih luas. Selama ini apabila berlaku isu makanan kotor, tidak cukup masak atau mengandungi benda asing, peniaga selalunya menjadi pihak pertama yang dipersalahkan.

Memang benar, peniaga wajib memastikan premis, peralatan dan makanan yang dijual sentiasa bersih. Bagaimanapun jangan lupa, kebersihan bukan tanggungjawab peniaga semata-mata. Di rumah pun kita perlu memainkan peranan.

Budu, sambal, sos dan pelbagai bahan makanan lain perlu disimpan dengan cara yang betul. Bekas mesti bersih, ditutup rapat dan tidak dibiarkan terlalu lama sehingga mengundang pencemaran.

Jangan pula kita cuai menjaga makanan sendiri, kemudian apabila berlaku sesuatu, peniaga yang terpaksa menanggung malu dan menerima kecaman.

Padahal salah sendiri!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!