MDKS nafi ambil bayaran proses sanitasi awam

MDKS menafikan mengenakan sebarang bayaran semasa menjalankan operasi sanitasi awam di premis perniagaan.
MDKS menafikan mengenakan sebarang bayaran semasa menjalankan operasi sanitasi awam di premis perniagaan.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menafikan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengenakan bayaran bagi proses sanitasi awam di premis perniagaan.

MDKS dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana agensi swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu menjalankan kerja-kerja sanitasi awam di sekitar daerah berkenaan.

"Proses sanitasi awam yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran MDKS tidak mengenakan sebarang bayaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan melaporkan segera kepada MDKS sekiranya didatangi individu mendakwa kakitangan MDKS, tetapi meminta bayaran untuk kerja-kerja sanitasi awam.

"MDKS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan melaporkan perkara ini kepada Polis Diraja Malaysia," katanya.

Sebelum ini tular di aplikasi WhatsApp kononnya terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyamar sebagai kakitangan MDKS menawarkan bayaran tertentu bagi menjalankan kerja-kerja proses sanitasi awam di premis perniagaan di daerah berkenaan.

Tindakan itu disedari peniaga yang kemudiannya membuat laporan kepada MDKS untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: