Menyamar Ahli Parlimen Sabak Bernam minta wang

Mohd Fasiah memuat naik status dan gambar laporan polis berhubung tindakan pihak tertentu menggunakan gambarnya bagi meminta sejumlah wang untuk dipindahkan ke akaun tertentu.
Mohd Fasiah memuat naik status dan gambar laporan polis berhubung tindakan pihak tertentu menggunakan gambarnya bagi meminta sejumlah wang untuk dipindahkan ke akaun tertentu.
A
A
A

SABAK BERNAM - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh membuat laporan polis berhubung gambarnya digunakan pihak tidak dikenali untuk menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp meminta sejumlah wang untuk dipindahkan ke akaun tertentu.

Mohd Fasiah memuat naik status di Facebooknya itu malam tadi berkata, tindakan itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, ramai yang menjadi mangsa penipuan pihak terbabit dan beliau berharap masyarakat lebih berhati-hati.

"Sekiranya anda menerima sebarang mesej dari nombor 017-4798127 mengaku YB (Yang Berhormat) Datuk Mohd Fasiah menggunakan gambar profil saya (sila berhati-hati dengan pihak terbabit)," katanya.

Menerusi laporan polis dimuat naik Mohd Fasiah, kejadian itu disedarinya ketika berada di rumahnya di Kampung Batu 1 Sepintas pada jam 8 pagi.

Katanya, seseorang memaklumkan menerima mesej aplikasi WhatsApp yang menggunakan gambarnya dan menyamar meminta wang sebanyak RM450.

"Pihak terbabit memberitahu kononnya wang tersebut hendak dimasukkan ke dalam akaun bank milik anak sepupu dan ini merupakan satu penipuan," katanya.

"Saya membuat laporan polis bagi tujuan keselamatan diri saya kerana bimbang nama dan gambar saya digunakan pihak tertentu untuk menyamar serta menipu bagi mendapatkan wang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada 13 April lalu melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman menjadi mangsa 'scammer' apabila gambar dan namanya digunakan pihak tidak bertanggungjawab membuat tempahan biskut raya sebanyak 1,500 balang bernilai RM15,0000.