Wanita tinggal di pondok buluh, berlantaikan batang pinang

Syarifah menunjukkan bahagian bumbung pondoknya yang rosak akibat ribut yang berlaku sebelum ini namun tetap bersyukur masih mempunyai ruang untuk berteduh.
Syarifah menunjukkan bahagian bumbung pondoknya yang rosak akibat ribut yang berlaku sebelum ini namun tetap bersyukur masih mempunyai ruang untuk berteduh.
A
A
A

KUALA NERANG - Seorang wanita terpaksa tinggal di pondok berdindingkan buluh dan berlantaikan batang pinang sejak 10 tahun lalu apabila umah yang cuba dibina gagal siap berikutan pendapatan diperolehnya tidak menentu.

Syarifah Abdul Rahman, 39, yang bekerja mengambil upah menoreh getah berusaha mengumpul wang sedikit demi sedikit bagi membina rumah yang masih belum siap sejak 2018 di Kampung Labi, Tualak di sini akibat kekangan kewangan.

Upah tidak menentu iaitu kira-kira RM350 sebulan menyebabkan dia mengambil keputusan untuk membina pondok di sebelah rumah ibu bapanya kerana tidak mahu menyusahkan keluarga serta lima adik-beradik yang masih belum berkahwin.

"Lagi dua orang adik beradik saya sudah berkahwin dan berpindah tinggal berasingan bersama keluarga masing-masing. Kami bukan dari keluarga yang senang, malah semua adik beradik juga bekerja kampung dan mengambil upah menoreh getah.

"Saya pernah berkahwin pada 2012 tapi jodohnya dengan bekas suami tak panjang dan kami yang tidak mempunyai anak berpisah setahun lapan bulan kemudian," katanya ketika ditemui di pondoknya di sini semalam.

Terdahulu, Syarifah menerima kunjungan Pengerusi Sahabat Charity Balqish (SCB), Rukiza Abu Bakar yang hadir menghulurkan bantuan barangan keperluan harian kepadanya.

Rukiza (kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan bagi meringankan beban Syarifah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung sehingga 28 April.
Rukiza (kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan bagi meringankan beban Syarifah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung sehingga 28 April.

Menurutnya, dia sudah selesa tinggal di pondok tersebut untuk meneruskan kehidupan sehariannya seperti biasa dan kini fokus untuk menyiapkan kediamannya sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Bapa benarkan saya bina rumah di sebelah rumahnya dan sekaranga sudah membina sebahagian dinding hasil pertolongan kawan-kawan abang saya dengan kos RM2,000 dan kayu pula saya dan abang ambil di bukit berhampiran kampung ini.

"Banyak lagi bahagian rumah yang masih belum dapat disiapkan sebab tak cukup duit. Sekarang hasil upah menoreh getah juga tak menentu. Mujur ada bantuan daripada kerajaan," katanya.

Katanya, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) digunakannya secara berjimat untuk tampung kehidupan harian ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya ada juga tanam beberapa sayur-sayuran seperti bendi, ulam-ulaman dan cili di sekeliling pondok selain ternak ayam kampung. Selalunya saya makan telur goreng, ikan kering dan kicap saja.

"Saya ada juga memohon bantuan daripada beberapa pihak seperti Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) untuk bantuan rumah tapi tak layak disebabkan saya tidak mempunyai tanggungan," katanya.

Rumah baru (kiri) yang dibina Syarifah sejak 2018 masih belum siap berikutan dihimpit masalah kemiskinan.
Rumah baru (kiri) yang dibina Syarifah sejak 2018 masih belum siap berikutan dihimpit masalah kemiskinan.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Labi, Mohd Saidi Mahmud berkata, permohonan bantuan rumah kepada Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang, Syed Fadzil Syed Embun untuk Syarifah sudah dilakukan.

"Bagaimanapun, kita masih belum mendapat jawapan daripada Pejabat Penyelaras Dun Kuala Nerang.

"Syarifah ini memang rajin orangnya, dia ambil upah menoreh getah dan kumpul duit untuk menyiapkan rumahnya tapi ambil masa disebabkan kesempitan hidup lagipun harga getah tidak menentu," katanya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan kepada Syarifah boleh menghubungi jirannya, Norhashimah Abdullah di talian 0174219109.

Syarifah berada di ruang tengah rumah yang dibinanya sejak 2018 namun masih belum siap. Kayu-kayu yang digunakan untuk membuat bumbung diambil dari bukit di tepi kampungnya.
Syarifah berada di ruang tengah rumah yang dibinanya sejak 2018 namun masih belum siap. Kayu-kayu yang digunakan untuk membuat bumbung diambil dari bukit di tepi kampungnya.