Jika langgar PKP, menteri pun tidak terlepas: Takiyuddin

Takiyuddin ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Keselamatan Negeri Khas Negeri Kelantan Bilangan 7 Tahun 2020 di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.
Takiyuddin ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Keselamatan Negeri Khas Negeri Kelantan Bilangan 7 Tahun 2020 di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Menteri mahupun timbalan menteri tidak terlepas daripada hukuman undang-undang sekiranya dengan sengaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jika benar dan dengan sengaja berhimpun secara beramai-ramai, ia terpulang kepada undang-undang untuk menentukannya.

“Bergantung kepada keslah, kalau sengaja buat (berkumpul) sebab semua orang tertakluk kepada undang-undang termasuk juga menteri.

“Tidak ada imuniti terhadap undang-undang. Kalau dikatakan sengaja dan ia secara terang-terangan melanggar SOP itu, terpulang kepada pihak berkuasa,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Keselamatan Negeri Khas Negeri Kelantan Bilangan 7 Tahun 2020 di Kompleks Kota Darul Naim yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Takiyuddin ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Keselamatan Negeri Khas Negeri Kelantan Bilangan 7 Tahun 2020 di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.
Takiyuddin ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Keselamatan Negeri Khas Negeri Kelantan Bilangan 7 Tahun 2020 di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Tular di media sosial beberapa keping gambar seorang timbalan menteri didakwa berkumpul dengan beberapa orang di Ma'ahad Tahfiz di kawasan Lenggong, Perak dan turut dikecam pelbagai pihak.

Pemimpin itu didakwa melanggar PKP pada majlis itu yang dikatakan turut dihadiri Exco Perak.

Artikel Berkaitan:

Sejurus selepas itu, satu majlis makan beramai-ramai diadakan tanpa penjarakkan sosial seperti yang disarankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, gambar-gambar berkenaan yang didakwa dimuat turun dalam satu status di laman Facebook pemimpin itu dipercayai telah pun dipadamkan hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, ketika ini menteri mahupun timbalan menteri banyak mengadakan mesyuarat dan tidak menolak kemungkinan terlibat mengadakan perbincangan lanjut, kadang-kadang melibatkan ramai pihak.

“Bagi saya, kita cuba patuhi kehendak SOP, kita cuba sehabis baik mematuhi segala SOP yang ditetapkan. SOP dibuat untuk dipatuhi sebaik mungkin,” katanya.