Kuarantin: 30 pelajar Malaysia dibenar pulang hari ini

Anggota polis membuat pemeriksaan akhir terhadap dokumentasi perjalanan seorang individu yang di bawah pengawasan sebelum dibenarkan pulang ketika tinjauan di Pusat Pemantauan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

NILAI - Proses kuarantin bagi 30 pelajar Malaysia yang tiba di tanah air dari Sepanyol, United Kingdom dan Indonesia 2 April lepas tamat selepas mereka dibenarkan pulang hari ini.

Kesemua mereka yang dikuarantin selama 14 hari di Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, di sini dibenarkan berbuat demikian pada jam 9 pagi ini.

Daripada jumlah berkenaan, 15 orang adalah dari Indonesia, 14 orang dari Sepanyol dan seorang dari United Kingdom yang kesemuanya membabitkan 11 lelaki dan 19 wanita.

Menurut wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kesemua 29 individu pulang dengan diambil oleh ahli keluarga yang dibekalkan dengan surat kebenaran manakala seorang dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, untuk menaiki pesawat pulang ke Kedah.

Terdahulu, kesemua mereka yang pulang atas tanggungan sendiri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada jam 3.30 petang, 2 April lepas, susulan penularan wabak Covid-19 di negara yang terbabit. - Bernama

Artikel Berkaitan: