PKP: Pergi kolam renang tak boleh, pergi gim pun tak boleh!

Rondaan Aberdeen membolehkan petugas berjalan memantau kawasan-kawasan dikenal pasti berlaku pelanggaran PKP. FOTO: ROSLI TALIB
Rondaan Aberdeen membolehkan petugas berjalan memantau kawasan-kawasan dikenal pasti berlaku pelanggaran PKP. FOTO: ROSLI TALIB
A
A
A

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut meliputi kawasan kediaman berpagar yang mempunyai pengawal keselamatan.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, orang ramai tidak boleh sewenang-wenangnya bersiar atau melepak di kawasan kolam renang atau menjalankan aktiviti di gim.

“Bagi yang tinggal di kawasan pangsapuri, kondominium mereka juga tidak boleh duduk berkumpul di kawasan parkir kerana ia melanggar PKP,” katanya selepas melancarkan Rondaan Aberdeen PDRM dan ATM di Balai Polis Damansara hari ini.

Arjunaidi (kanan) ketika melancarkan rondaan Aberdeen PDRM dan ATM di Balai Polis Damansara. FOTO: ROSLI TALIB
Arjunaidi (kanan) ketika melancarkan rondaan Aberdeen PDRM dan ATM di Balai Polis Damansara. FOTO: ROSLI TALIB

Arjunaidi berkata, seharusnya masyarakat memahami keadaan ketika ini. Tidak ada sebab mereka tidak boleh patuh.

“Setakat ini keadaan terkawal dan kerajaan masih membenarkan kita bergerak untuk bekerja, beli barang dan sebagainya, jadi semua pihak perlu berkorban lebih,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai konsep rondaan Aberdeen, Arjunaidi berkata, ia merupakan satu pendekatan baru bagi memperkasakan rondaan kereta peronda secara menyeluruh.

"Setiap kereta peronda di Petaling Jaya akan mempunyai empat petugas, setiap shif ada lapan unit kereta peronda.

Artikel Berkaitan:

“Peronda akan berhenti di satu lokasi dan petugas tadi akan berjalan kaki memantau kawasan yang dikenal pasti berkemungkinan berlaku pelanggaran PKP,” katanya.

Setiap kereta peronda di Petaling Jaya akan mempunyai petugas anggota ATM.FOTO: ROSLI TALIB
Setiap kereta peronda di Petaling Jaya akan mempunyai petugas anggota ATM.FOTO: ROSLI TALIB

Jelasnya, rondaan Aberdeen ini dilaksanakan di Petaling Jaya kerana daerah itu mempunyai jumlah kereta peronda yang mencukupi selain kawasan berkenaan meliputi kawasan perindustrian, perniagaan dan juga kediaman.

“Kaedah ini kita akan buat penambahbaikan dan saya beri kebebasan kepada setiap ketua polis daerah untuk menjalankan rondaan mengikut kesesuaian kawasan masing-masing,” katanya.

Difahamkan sehingga semalam, seramai 2,255 individu ditahan di seluruh Selangor kerana melanggar PKP.