Kanak-kanak lapan tahun cari ibu kandung terpisah sejak pandemik

Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Tanah Merah mencari ibu kandungnya yang terpisah sejak pandemik Covid-19.
Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Tanah Merah mencari ibu kandungnya yang terpisah sejak pandemik Covid-19.
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun kini berusaha menjejaki ibu kandungnya yang dipercayai berada di Selatan Thailand selepas terpisah sejak pandemik Covid-19 lalu.

Kanak-kanak dikenali sebagai Miss Waehasriyah Ahama itu dilaporkan terputus hubungan dengan ibunya, Miss Hameedah, sekitar 2020 hingga 2021.

Bapa angkatnya, Sayuti Mustafa, 55, berkata, dia bersama isterinya, Kuechi Romuela, 50, kali terakhir bertemu wanita berkenaan ketika pandemik Covid-19 sebelum hubungan mereka terputus.

Menurutnya, mereka sekeluarga yang menetap di Kampung Padang Siam di sini hanya mengetahui ibu kandung kanak-kanak itu berada di Selatan Thailand, namun gagal mengesannya sehingga kini.

Katanya, usaha menjejaki wanita berkenaan masih belum membuahkan hasil.

"Kepada mereka yang mengenali atau mengetahui di mana Miss Hameedah boleh hubungi kami di talian 013-9153674," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!