PKP: 13 lelaki ditahan anjur parti hari jadi sambil minum arak

Polis menahan 13 lelaki selepas dipercayai terlibat dengan penganjuran 'private party' di sebuah servis apartmen di Jalan Pangkor di sini awal pagi tadi.
Polis menahan 13 lelaki selepas dipercayai terlibat dengan penganjuran 'private party' di sebuah servis apartmen di Jalan Pangkor di sini awal pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Polis menahan 13 lelaki selepas dipercayai terlibat dengan penganjuran 'private party' di sebuah servis apartmen di Jalan Pangkor di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan dilakukan pada jam 2.30 pagi itu hasil maklumat awam sebelum sepasukan polis dari Balai Central ke lokasi kejadian melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, ketika serbuan dilalukan mereka semua sedang leka berhibur sambil meminum minuman keras.

"Siasatan mendapati, premis tersebut telah disewa oleh salah seorang daripada mereka dengan harga RM150 untuk menyambut hari jadinya sambil meminum arak.

"Kesemua mereka yang ditahan berusia 19 hingga 26 tahun datang dari pelbagai kawasan dalam negeri ini dan mereka memberikan alasan hanya mahu minum serta berhibur bersama,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Soffian berkata, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah masuk fasa ketiga namun kesemua mereka masih ingkar dengan arahan berkenaan.

Menurutnya, mereka ditahan kerana melanggar PKP dan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Selain itu mereka juga disiasat mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Artikel Berkaitan:

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan direman sehari untuk tindakan lanjut,"katanya.