Perang dadah masih belum berakhir

Polis berjaya merampas 171.6kg dadah dianggarkan bernilai RM13.73 juta menerusi beberapa siri serbuan di Selangor, Negeri Sembilan serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Polis berjaya merampas 171.6kg dadah dianggarkan bernilai RM13.73 juta menerusi beberapa siri serbuan di Selangor, Negeri Sembilan serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
A
A
A

KEJAYAAN demi kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menggempur sindiket dadah perlu diberi kredit sebaiknya.

Sudah pasti, sekiranya dadah itu terlepas, ramai orang akan terus terjerat atau bakal terjerat.

Ramai mesti tahu kesan dan akibat buruk membelenggu individu terjebak penagihan dadah, malah mereka mengedar goyang kaki mengira keuntungan.

Akibat ketagihan, ada yang melakukan jenayah bagi mendapatkan wang membeli dadah. Malah ada sehingga membunuh.

Dadah bukan isu baharu dalam negara, tindakan demi tindakan diambil pelbagai pihak dalam membanterasnya.

Tidak cukup dengan itu, kita sebagai masyarakat juga perlu bersatu melaporkan biar pun sekecil-kecil kes.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kejayaan pihaknya dalam tempoh enam bulan tahun ini apabila menumpaskan 155 sindiket dan rampasan dadah serta racun 150,106 kilogram bernilai RM1.85 bilion.

Bukan itu sahaja, JSJN turut melaksanakan tindakan tegas mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap 4,427 penagih sebagai langkah menurunkan indeks jenayah dalam kalangan penagih.

Kalau dilihat dari segi statistik ini, ia merupakan jumlah besar dan bayangkan sekiranya terlepas di pasaran gelap.

Artikel Berkaitan:

Justeru, dalam nada tegas kenyataan Hussein bahawa JSJN akan menumpukan pengawalan prekursor serta rantaian bekalan, pelucuthakan aset sindiket, pengukuhan forensik kewangan digital serta penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan keupayaan operasi.

Apabila dadah berskala besar menyusup masuk ke dalam negara, bukan sahaja penagih, pasti akan wujud golongan 'pusher' kecil-kecilan.

Ini yang bahaya dan tidak mustahil golongan remaja akan terus diancam dengan penagihan.

Apatah lagi hari ini JSJN sering membongkar kegiatan penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape dan dicampur cecair dadah sintetik.

Demikian cabaran hari ini bagi membanteras dadah, tidak mustahil 10 tahun lagi cabarannya berbeza dan ancamannya lebih besar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!