PRN Johor: Polis terima 90 laporan, 25 kertas siasatan dibuka

Mohd Khalid (depan) ketika meninjau kelancaran proses pengundian di pusat mengundi SMK Taman Molek, Johor Bahru.
Mohd Khalid (depan) ketika meninjau kelancaran proses pengundian di pusat mengundi SMK Taman Molek, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menerima 90 laporan polis melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bermula Sabtu lalu sehingga malam Jumaat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 25 kertas siasatan dibuka di mana kebanyakannya merupakan kesalahan kecil.

Mohd Khalid (kiri) ketika meninjau kelancaran proses pengundian di pusat mengundi SMK Taman Molek, Johor Bahru.
Mohd Khalid (kiri) ketika meninjau kelancaran proses pengundian di pusat mengundi SMK Taman Molek, Johor Bahru.

"Saya percaya ini tidak akan menimbulkan keresahan ataupun ketegangan di antara pengundi dan juga semua petugas-petugas dalam pilihan raya kali ini.

"Kebanyakan kes-kes ini yang kita siasat adalah lebih kepada kes khianat di mana ada beberapa individu tertentu yang sedang kita siasat telah mengambil tindakan untuk mencabut ataupun cuba merosakkan bendera dan juga beberapa benda perkara berkaitan," katanya.

Mohd Khalid ketika meninjau kelancaran proses pengundian di pusat mengundi SMK Taman Molek, Johor Bahru.
Mohd Khalid ketika meninjau kelancaran proses pengundian di pusat mengundi SMK Taman Molek, Johor Bahru.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa meninjau proses pengundian di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Molek di sini pada Sabtu.

Mohd Khalid memberitahu, seramai 5,600 anggota dan pegawai polis dari luar negeri datang membantu menjadikan semua yang bertugas keseluruhan berjumlah 14,000.

Artikel Berkaitan:

Mohd Khalid ketika meninjau kelancaran proses pengundian di pusat mengundi SMK Taman Molek, Johor Bahru.
Mohd Khalid ketika meninjau kelancaran proses pengundian di pusat mengundi SMK Taman Molek, Johor Bahru.

Jelasnya, anggota terbabit yang bertugas adalah bagi memastikan keamanan dan kelancaran di pusat mengundi lancar termasuk di semua aliran trafik terbabit.

"Pada masa ini saya melihat semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Menjadi tanggungjawab dan amanah untuk polis memastikan keselamatan, ketenteraman dan kawalan lalu lintas berada pada tahap yang sempurna," katanya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!