Pembeli kabel curi perlu dihukum

Isu curi kabel ini memberi kesan kepada keselamatan, kelancaran perkhidmatan malah kerugian kepada negara.
Isu curi kabel ini memberi kesan kepada keselamatan, kelancaran perkhidmatan malah kerugian kepada negara.
A
A
A

CURI kabel antara kes yang menjadi tumpuan hari ini. Mana tidaknya, kalau lihat rakaman tular ada sahaja kes dilaporkan memaparkan sekumpulan individu menarik serta memotong kabel, tidak kira di kawasan perumahan mahu pun tepi jalan.

Kalau lihat risiko, memang ia mengundang bahaya kepada pelaku. Tapi, mengapa ini masih berlaku? Adakah umpan habuan nilai ringgit yang tinggi hasil jenayah itu?

Di mana kabel curi ini dijual? Sudah pasti ada pembelinya? Sudah pasti ada pihak tertentu membelinya dan sewajarnya tindakan undang-undang sekerasnya dilaksanakan bukan sahaja penjual, tapi pembeli.

Awal Oktober lalu, media melaporkan kerajaan mempertimbangkan hukuman lebih berat bagi membendung kes kecurian kabel, khususnya yang melibatkan sindiket.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilaporkan berkata, langkah itu termasuk mengenakan hukuman lebih tegas terhadap pelaku.

Sejujurnya langkah ini perlu disambut baik semua pihak tanpa mengira latar belakang politik.

Ya, sebab isunya masih wujud pembeli kabel curi dan pihak berkuasa kena melihat siapa pembelinya, selagi tidak tangani selagi itulah akan ada pencuri.

Secara faktanya, isu curi kabel ini memberi kesan kepada keselamatan, kelancaran perkhidmatan malah kerugian kepada negara.

Berdasarkan laporan media baru-baru ini, polis menumpaskan empat kumpulan disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan mencuri kabel milik syarikat Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Telekom Malaysia (TM) menerusi beberapa operasi yang dijalankan dari 12 Oktober hingga hari ini di sekitar Temerloh dan Mentakab.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron dilaporkan berkata, sepanjang September hingga Oktober tahun ini, sebanyak dua kes samun stor simpanan kabel ECRL dan lima kes kecurian kabel TM dilaporkan berlaku di sekitar Temerloh, Mentakab dan Lanchang dengan tangkapan 17 lelaki tempatan.

Kalau ikut pada kenyataan ini, sudah pasti ini mengancam kesejahteraan awam.

Berapa ramai pengguna dan penduduk terjejas akibat tindakan jenayah mereka?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!