Kos RM1.5 juta, pertubuhan peniaga India tawar roboh flat Sungai Pari secara percuma

(Gambar atas)Hari Krishnan (empat dari kiri) bersama sebahagian ahli Pertubuhan Peniaga-Peniaga India Negeri Perak. Projek perumahan awam Flat Sungai Pari yang dibina pada 1963 itu telah dikosongkan secara berperingkat sejak 2012.
(Gambar atas)Hari Krishnan (empat dari kiri) bersama sebahagian ahli Pertubuhan Peniaga-Peniaga India Negeri Perak. Projek perumahan awam Flat Sungai Pari yang dibina pada 1963 itu telah dikosongkan secara berperingkat sejak 2012.
A
A
A

IPOH – Pertubuhan Peniaga-Peniaga India Negeri Perak menawarkan untuk melaksanakan kerja-kerja merobohkan bangunan kosong Flat Sungai Pari, Buntong secara percuma sebagai langkah segera menangani risiko keselamatan di kawasan tersebut.

Presidennya, K Hari Krishnan berkata, tawaran itu meliputi kerja merobohkan bangunan, membersihkan sampah sarap, menghancurkan sisa runtuhan serta meratakan kawasan agar kembali selamat untuk komuniti setempat.

Menurutnya, cadangan berkenaan bukan perkara baharu, sebaliknya telah dikemukakan kepada kerajaan negeri sejak 2023 sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertubuhan itu.

"Kami melihat pelbagai aktiviti tidak sihat berlaku di bangunan terbengkalai itu termasuk penyalahgunaan dadah serta pencerobohan oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Maka cadangan ini dibuat demi memastikan kawasan berkenaan dibersihkan selain menjamin keselamatan penduduk dan murid sekolah berhampiran," katanya ketika sidang akhbar di sini pada Isnin.

Beliau berkata, cadangan tersebut telah dirujuk kepada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri sebelum dipanjangkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

Oleh kerana tiada maklum balas rasmi diterima, pertubuhan yang mempunyai kira-kira 100 ahli termasuk kontraktor itu membuat rayuan susulan kepada Menteri Besar Perak pada 2024 bagi menggesa bangunan itu dirobohkan sepenuhnya.

Tawaran itu meliputi kerja merobohkan bangunan, membersihkan sampah sarap, menghancurkan sisa runtuhan serta meratakan kawasan agar kembali selamat untuk komuniti setempat.
Tawaran itu meliputi kerja merobohkan bangunan, membersihkan sampah sarap, menghancurkan sisa runtuhan serta meratakan kawasan agar kembali selamat untuk komuniti setempat.

Artikel Berkaitan:

"Dalam rayuan itu, kami sekali lagi menawarkan untuk melaksanakan keseluruhan kerja secara percuma yang dianggarkan dapat menjimatkan kos kira-kira RM1.5 juta berbanding jika menggunakan kontraktor luar.

“Walaupun kos semasa mungkin meningkat sekitar 20 peratus susulan kenaikan harga bahan dan diesel, kami masih bersedia untuk berbincang dan berunding dengan pihak kerajaan negeri,” katanya.

Flat Sungai Pari yang dikenali dengan panggilan 'Sungai Pari Tower' atau 'Tingkat 15' itu pernah menjadi bangunan tertinggi dan simbol ikonik bandar Ipoh kerana mempunyai reka bentuk bumbung berbentuk mangkuk.

Projek perumahan awam Flat Sungai Pari yang dibina pada 1963 itu telah dikosongkan secara berperingkat sejak 2012.
Projek perumahan awam Flat Sungai Pari yang dibina pada 1963 itu telah dikosongkan secara berperingkat sejak 2012.

Projek perumahan awam yang dibina pada 1963 itu bagaimanapun telah dikosongkan secara berperingkat sejak 2012 berikutan kebimbangan terhadap struktur bangunan.

Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan maut di sebuah bangunan perumahan kosong berhampiran Buntong dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!