DUN Chennah kritikal tentukan mandat kerajaan negeri - Anthony

Anthony (dua, kiri) ketika sidang media selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Besar Kuala Klawang Jelebu. Foto Bernama
Anthony (dua, kiri) ketika sidang media selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Besar Kuala Klawang Jelebu. Foto Bernama
A
A
A

JELEBU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah disifatkan sebagai antara empat kerusi di Parlimen Jelebu paling kritikal bagi Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mempertahankan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kata penyandangnya, Anthony Loke.

Anthony yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga Menteri Pengangkutan berkata, walaupun berdepan pertandingan satu lawan satu, PH yakin mampu mempertahankan kerusi itu berdasarkan rekod perkhidmatan dan pembangunan yang dibawa sepanjang dua penggal mentadbir negeri.

"Kerajaan yang ditubuhkan oleh Pakatan Harapan sejak 2018 telah membuktikan bahawa kita mampu membawa kemajuan dan kestabilan kepada negeri.

"Kita harap mendapat mandat daripada rakyat untuk membentuk semula kerajaan negeri, dan kerusi-kerusi di Parlimen Jelebu ini amat kritikal kerana pada 2018, dua kerusi di sini iaitu Chenah dan Kelawang menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Besar Kuala Klawang, di sini, Sabtu.

Anthony (kanan) bersama pencabarnya, Siow Kong Choon mewakili Barisan Nasional menunjukkan nombor giliran pada proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Besar Kuala Klawang Jelebu, Sabtu. Foto Bernama
Anthony (kanan) bersama pencabarnya, Siow Kong Choon mewakili Barisan Nasional menunjukkan nombor giliran pada proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Besar Kuala Klawang Jelebu, Sabtu. Foto Bernama

Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Jelebu, Abdul Rahim A Aziz mengumumkan DUN Chennah menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Anthony dengan calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16

PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakan

Artikel Berkaitan:

PRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calon

PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokong

Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri Sembilan

PRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok Mat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!