Pemimpin PH iringi calon bertanding PRN Negeri Sembilan

Calon PH bagi DUN Chennah, Anthony (tiga, kanan); Pertang, Mohd Umry Abdul Khois (kiri); Sungai Lui, Zainal Fikri Abd Kadir (dua, kiri) dan Klawang, Bakri Sawir (tiga, kiri), berarak diiringi Gobind (kanan) dan Mohamad Sabu, bersama penyokong menuju ke Pusat Penamaan Calon Dewan Besar Kuala Klawang.
Calon PH bagi DUN Chennah, Anthony (tiga, kanan); Pertang, Mohd Umry Abdul Khois (kiri); Sungai Lui, Zainal Fikri Abd Kadir (dua, kiri) dan Klawang, Bakri Sawir (tiga, kiri), berarak diiringi Gobind (kanan) dan Mohamad Sabu, bersama penyokong menuju ke Pusat Penamaan Calon Dewan Besar Kuala Klawang.
A
A
A

SEREMBAN - Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini mengiringi calon parti berkenaan menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Di Jelebu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook hadir ke pusat penamaan calon (PPC) di Dewan Besar Kuala Klawang pada 8.30 pagi untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan diiringi Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo; Penasihat DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Di Jempol, Ketua Wanita DAP yang juga Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengiringi calon PH bagi DUN Bahau Teo Kok Seong.

Beliau tiba di PPC di Dewan Besar Pejabat Daerah dan Tanah Jempol pada 8.30 pagi.

Nie Ching (enam, kiri), mengiringi empat calon PH bagi kerusi DUN Serting, Jeram Padang, Palong dan Bahau ke pusat penamaan calon di Dewan Besar Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Jempol. Foto Bernama
Nie Ching (enam, kiri), mengiringi empat calon PH bagi kerusi DUN Serting, Jeram Padang, Palong dan Bahau ke pusat penamaan calon di Dewan Besar Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Jempol. Foto Bernama

Turut sama,  Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil yang tiba di PPC di PDT Jempol pada 8.55 pagi ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi mengiringi empat calon PH yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serting, Palong, Jeram Padang dan Bahau, yang kesemuanya berada di bawah Parlimen Jempol.

Artikel Berkaitan:

Calon PH bagi DUN Bahau ialah Teo Kok Seong yang merupakan penyandang kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, manakala tiga lagi ialah muka baharu, iaitu Yaacob Mahmood (Serting), Muhammad Zahin Zinal Abidin (Palong) dan Manivanan Gowin (Jeram Padang).

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tiba di Pusat Penamaan Calon di Auditorium Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson pada kira-kira 8.30 pagi.

Pengerusi PH Negeri Sembilan yang akan bertanding di kerusi DUN Linggi itu diiringi Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh; Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh serta Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi.

Aminuddin (tengah) tiba untuk proses penamaan calon bagi DUN Linggi. Foto Bernama
Aminuddin (tengah) tiba untuk proses penamaan calon bagi DUN Linggi. Foto Bernama

Turut tiba ialah penyandang DUN Chuah, Yew Boon Lye, penyandang DUN Lukut, Choo Ken Hwa dan Dr G Rajassekaran yang akan mempertahankan kerusi DUN Sri Tanjung.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven, Sim Chee Keong tiba di pusat penamaan calon di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 8.30 pagi bagi mengiringi enam calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding pada pilihan raya ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini, manakala pengundian awal pada 28 Julai.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan secara rasmi pada 5 Jun lepas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pada PRN Negeri Sembilan ke-15, Pakatan Harapan (PH) memenangi 17 daripada 36 kerusi DUN, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 14 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) lima kerusi. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!