PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakan

Walaupun saling berbalas sorakan, keadaan kekal terkawal dengan penyokong masing-masing berada di kawasan yang ditetapkan polis sambil mengibarkan bendera parti dan sepanduk sebagai tanda sokongan kepada calon.

A
A
A

PORT DICKSON - Suasana di hadapan Auditorium Kompleks Pentadbiran Port Dickson bertukar gamat apabila ratusan penyokong parti yang bertanding saling berbalas sorakan bagi memberi semangat kepada calon masing-masing sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ratusan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang tiba kira-kira jam 8.15 pagi melaungkan slogan "Reformasi" dan "Kekal Tok Min" ketika mengiringi calon mereka berjalan kaki sejauh kira-kira 50 meter dari lokasi berkumpul menuju ke pusat penamaan calon.

Tidak lama kemudian, penyokong Perikatan Nasional(PN) pula tiba bersama dua calon mereka yang mewakili DUN Bagan Pinang dan Lukut.

Mereka berarak sambil bersalawat selain turut melaungkan 'hidup PN'.

Hadir sama, Pengerusi Perikatan Nasional(PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua dari kanan )dan Ketua Penerangan PN Tan Sri Annuar Musa(kanan).

Dari kejauhan penyokong Barisan Nasional pula tiba bersama calon mereka dengan paluan gendang selain turut membalas dengan laungan slogan parti masing-masing.

Walaupun saling berbalas sorakan, keadaan kekal terkawal dengan penyokong masing-masing berada di kawasan yang ditetapkan polis sambil mengibarkan bendera parti dan sepanduk sebagai tanda sokongan kepada calon.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!