Kemenangan BN di Johor suntik semangat hadapi PRN Negeri Sembilan - Mahdzir

Mahdzir (tiga dari kanan) ketika hadir pada Program Penyerahan Geran Hak Milik dan Program Semarak Kasih Komuniti Desa KEDA Daerah Padang Terap di KEDA Semeliang, Kuala Nerang pada Khamis.
Mahdzir (tiga dari kanan) ketika hadir pada Program Penyerahan Geran Hak Milik dan Program Semarak Kasih Komuniti Desa KEDA Daerah Padang Terap di KEDA Semeliang, Kuala Nerang pada Khamis.
A
A
A

KUALA NERANG - [DIKEMAS KINI] Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mampu menjadi suntikan semangat baharu kepada parti itu untuk menghadapi cabaran politik seterusnya di PRN Negeri Sembilan.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan pilihan raya di Johor membuktikan rakyat kembali meletakkan keyakinan kepada BN untuk menerajui pentadbiran negeri.

Menurutnya, sokongan yang diterima bukan sahaja datang daripada pengundi Melayu, malah turut melibatkan masyarakat Cina, India dan Orang Asli.

"Saya yakin perkara sama akan berlaku di Negeri Sembilan kerana rakyat sedang mencari keyakinan terhadap kepimpinan yang mampu mentadbir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penyerahan Geran Hak Milik dan Program Semarak Kasih Komuniti Desa KEDA Daerah Padang Terap di KEDA Semeliang, di sini pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan, beri tumpuan kepada Melaka

Sokongan Melayu merosot di Johor, PH rombak strategi hadapi PRN Negeri Sembilan - Amirudin

'Formula Johor' boleh jadi resipi BN

Mengulas persiapan menghadapi PRN Negeri Sembilan, Mahdzir berkata, tumpuan BN kini terarah sepenuhnya kepada negeri berkenaan selepas parti itu mengumumkan sebahagian calon yang akan bertanding.

Artikel Berkaitan:

Katanya, setakat ini BN telah mengumumkan 25 calon terdiri daripada wakil UMNO, MCA dan MIC, manakala baki calon akan diumumkan kemudian termasuk membabitkan kerjasama dengan rakan baharu.

"Seperti diumumkan semalam, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengumumkan calon daripada UMNO, MCA dan MIC.

"Baki calon pula disebut sebagai rakan baharu. Itu adalah petunjuk kerjasama dengan parti lain, jadi kita tunggu dahulu," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Linggi bukan kerusi selamat, itu kubu kuat BN' - Aminuddin

DAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai 'poster boy' PH

Jangan jadikan krisis institusi Diraja sebagai bahan kempen - PM

PRN Negeri Sembilan: Aminuddin tinggalkan Sikamat, bakal bertanding di Linggi

Ditanya sama ada momentum kemenangan di Johor mampu diterjemahkan di Kedah pada PRN akan datang, Mahdzir berkata, BN Kedah kini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh jentera parti serta persediaan di kawasan yang bakal ditandingi.

"Kita tengok dahulu perkembangan semasa. Buat masa ini, fokus kita adalah kepada tanggungjawab yang diberikan termasuk menjaga kawasan yang ditandingi BN," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir yang juga Pengerusi KEDA berkata, proses pemberian geran hak milik tanah kepada penduduk Desa KEDA dilaksanakan secara berperingkat.

Menurutnya, daripada 73 unit rumah di Kampung KEDA Semeliang, sebanyak 39 pemilik telah menerima geran hak milik, manakala baki 34 permohonan sedang diproses di Pejabat Tanah sebelum dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, semua permohonan yang masih tertunggak dijangka dapat diselesaikan secara berperingkat pada tahun depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!