PRN Negeri Sembilan: 'Buktikan penyatuan kita mampu gegar mereka' - Akmal Saleh

MELAKA - Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menjadi titik permulaan kerjasama antara BN dan Pas dalam misi merampas pentadbiran kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH).
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kerjasama itu juga dilihat sebagai permulaan kepada penyatuan ummah yang sekian lama diharapkan.
“Insya-ALLAH, kita akan berusaha sehabis baik untuk merampas kembali Negeri Sembilan.
“Ini masa yang kita tunggu. Kita buktikan penyatuan ini mampu menggegar mereka. Kasi monang,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16
PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakan
PRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calon
PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokong
Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerjasama dengan PN pada PRN Negeri Sembilan ke-16 sebagai satu bentuk persefahaman dan bukannya perjanjian atau kesepakatan rasmi.
Menurut Ahmad Zahid, langkah taktikal itu diyakini mampu membantu BN kembali menguasai Negeri Sembilan, dengan BN bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN di 11 kerusi.
Senada dengan itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, persefahaman berkenaan bertujuan merampas pentadbiran negeri tersebut daripada PH dan kerjasama itu dirangka bagi memaksimumkan peluang BN-PN menewaskan PH yang kini mentadbir Negeri Sembilan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri Sembilan
PRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok Mat
PRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah
PRN Negeri Sembilan ke-16 dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos ini, selepas hari penamaan calon pada Sabtu, membabitkan 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Pada PRN Negeri Sembilan 2023, PH memenangi 17 kerusi, BN 14 kerusi manakala PN memperoleh lima kerusi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

